Khamis, 26 Jun 2014

Resepi Lasagna Mudah

As salam semua.
Aduhhh!!lama gila tak update blog.Serius rindu korang.
Harini nak kongsi resepi STEP BY STEP buat LASAGNA.Sebenarnya ni 1st time linda buat masakan western food.Ingatkan tak menjadi,rupanya...mak aiii.Jadi weiii!!BANGGA dengan diri sendiri.Entry ni akan penuh dengan gambar sebab semua linda nak tunjuk dalam ni.Segala barang saya akan masukkan.Jangan risau kalo korang takut salah beli ke apa.Sebab ni memang penting untuk mereka yang 1st time nak buat lasagna ni.hehe..


Bahan Utama :

1) Kepingan lasagna

Bahan-bahan :


1) Sos Prego 350g
 2) Cendawan butang - dibuang airnya dan potong dadu

3) Daging kisar 400g
 4) 2 sudu besar butter

5) Serbuk Black Pepper & serbuk Oregano
6) 4 sudu minyak zaitun

7) 250ml susu full krim

8) Keju Mozarella
9) Keju Cheddar
10) Keju Parmesan

11) 3 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih - potong dadu
12) 2 sudu besar tepung gamdum
13) Garam secukupnya
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~  ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Cara Penyediaan Inti Lasagna :
 

1) Tumis bawang-bawang yang telah di cincang dadu tadi ke dalam minyak olive yang telah dipanaskan

2) Bila bawang naik bau,masukkan daging cincang

3) Gaul sebati hingga daging berubah menjadi seperti dlm gambar ke-3 di atas


4) Kemudian tuang sos Prego,tuang semua sekali

5) Gaul hingga sebati 

6) Masukkan serbuk Oregano & garam (garam jgn byk sgt sbb cheese akan memasinkan lasagna korang)


7) Masukkan cendawan butang yang telah dipotong dadu

8) Taburkan serbuk Black Pepper & satu sudu besar sos cili

9) Kacau hingga sebati dan SIAPPP!!

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Bahan untuk SOS PUTIH :


1) Cairkan butter

2) Masukkan 2 sudu besar tepung gandum,gaul sebati.Pastikan guuna api kecil.

3) Masukkan susu full krim & keju cheddar.Kacau sebati dan SIAPP!!

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Cara melapis Lasagna : 


1) Guna loyang yang sesuai.Susun kepingan lasagna sehingga menutupi bahagian loyang.Sebelum tu,rendam sekejap kepingan lasagna ke dalam air biasa.

2) Taburkan inti daging yang korang buat tadi.

3) Tuangkan sos putih dan taburkan cheese Parmesan & Mozarella.Lagi banyak,lagi besttt..

4) Ulang step yang sama seperti step 1 iaitu lapiskan dengan kepingan lasagna.Lakukan sehingga inti habis.

5) Pastikan oven di panaskan awal-awal dengan suhu 180 celsius.Bakar lasagna sehingga keju agak-agak perang selama 30-40minit.Guna api atas dan bawah.

HASIL SELEPAS DI BAKAR!!!




TARA!!!







SEDAP di makan panas-panas.Nyum-Nyum.
 Selamat MENCUBA ye korang...

17 ulasan:

  1. alaaa mst sdpkn..dh lama trigin nk mkn lasagna tp x penah dpt mrasa lg..huuhu

    p/s:jom join GA..boleh menang cash RM100!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Liniey Nor : Sedap n mudah je buatnya.Mesti cuba tau,sbb xyah ke Pizza Hut lagiii..;)

      Padam
  2. Balasan
    1. S.Faezah : Jom pakat2 cuba.Pasti lg marvellous.Tq jenguk blog linda.

      Padam
  3. terliur la pulak puasa2 ni...=)

    BalasPadam
  4. Sedapnyaaa! My fav tu.. Tp suka makan ja.. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ixora Riana : Pasni buat sndiri tau,xyah beli mahal2 dh.bleh wat banyak kali

      Padam
  5. Dari dulu nk buat tp takot xjadi...hehe

    Salam singgah...;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cinet : Tq singgah.Mai2 buat,xsusah pn.Step by step dh tunjuk,kalo xpasti tanya ye.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  6. hamboiiii..nampak sedap! thx ye share resepi..kebetulan adik ajak bt lasagna smlm..hehehe :) boleh lah cuba mcm ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nursaila Norman : Sedap..jom2 cuba.pastu bleh share sama

      Padam
  7. klu tiada keju parmesan dan mozarella mahu guna apa ya ????

    BalasPadam
  8. Nk tnye, utk sos putih tu nk pakai cheese cheddar dlm berapa gram..tq

    BalasPadam
  9. Nk tnye, utk sos putih tu nk pakai cheese cheddar dlm berapa gram..tq

    BalasPadam
  10. Nk tnye, utk sos putih tu nk pakai cheese cheddar dlm berapa gram..tq

    BalasPadam