Selasa, 2 September 2014

Atasi Masalah Kolesterol : PHYTOCOL-ST

APA ITU KOLESTEROL?
Kolesterol merrupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan.Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk membentuk sel membran,hormon,hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.
 



Dua sumber UTAMA kolesterol
Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda.Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda.Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.




BAGAIMANA KOLESTEROL BOLEH MENYEBABKAN PENYAKIT JANTUNG?
Terdapat 2 jenis kolesterol utama dalam darah :
  • LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
  • HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam darah anda.Plak ini akan menyumbangkan saluran darah dan menyekat aliran darah,seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

Sebaliknya kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah ke hati untuk disingkirkan.Dalam erti kata lain,HDL berperanan membersihkan saluran darah.

Oleh demikian,untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular,anda haruslah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.


APAKAH PENYEBAB UTAMA KOLESTEROL TINGGI?


Makanan masyarakat Malaysia tinggi dengan lemak serta kalori,adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol.Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari,bagi mereka yang mengidap penyakit jantung hendaklah mengehadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.

Cuba anda bayangkan jika anda mengambil menu harian seperti dalam rajah di atas.Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil 798mg kolesterol.Ini adalah hampir tiga kali ganda lebih dari pengambilan harian yang disyorkan.Sangat menakutkan!!

 JADI BERTINDAK HARI INI : Ikuti Petua ini untuk MERENDAHKAN paras kolesterol darah anda secara SEMULAJADI

  • Amalkan pemakanan seimbang,rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
  • Lakukan senaman lebih kerap
  • Turunkan berat badan
  • Institusi Kesihatan Kebangsaan Amerika mengesyorkan penambahan FISOSTEROL ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.


ATASI MASALAH KOLESTEROL anda secara SEMULAJADI dengan FITOSTEROL


Apa itu FITOSTEROL? 

 FITOSTEROL (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan,sayur-sayuran,kekacang,bijirin,legume,biji-bijian dan minyak sayuran.Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.


Bagaimana FITOSTEROL berkesan?


Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol,dan dengan pengambilan fitosterol,ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman.Hasilnya,penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol.Ini bermaksud,apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurangkan kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL (jahat)


BERAPA BANYAK FITOSTEROL YANG ANDA PERLUKAN?

Institut Kesihatan Kebangsaan mengesyorkan pengambilan 2,000mg Fitoserol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan