Rabu, 5 April 2017

Trip Bajet 5 Hari 4 Malam TAWAU - SEMPORNA - MABUL : Hari Kelima

Diam tak diam dah masuk hari ke lima kami di Sabah. Cepatnya masa berlalu. Harini kami dah nak balik ke semenanjung. Kami bermalam di De Choice Hotel, agak sunyi juga hotel ni. Mungkin bukan time cuti sekolah kot. Tapi agak selesa, sebab berdekatan dengan Pasar Gantung. Penginapan kami termasuk sarapan. Sarapan boleh tahan sedap juga. Saya order mee goreng basah, suami ambil nasi goreng.




Lepas sarapan kami terus gerak ke Pasar Gantung. Pasar yang ada jual baju-baju yang di gantung. Ada juga baju, kain batik, fridge magnet dan macam-macam lagi. Lupa pula nak ambil gambar. Diorang buka seawal 7 pagi dan tutup jam 9.00 malam. Kami beli apa yang patut untuk di bawa pulang. Lepas tu kami terus gerak ke Pasar Tanjung. Pasar Tanjung tempat orang shopping ikan bilis, ikan masin, kuih, kerepek dan sayur-sayur. Kalo korang nak beli ikan-ikan kering kat sini, dia akan masukkan dalam satu kotak dan wrap kemas-kemas kat korang. Senang nak bawa naik flight nanti. 

Belakang Pasar Tanjung ada Pasar Ikan. Kat situ korang boleh beli udang, ketam atau apa saja untuk dibawa pulang ke Semenanjung. Diorang packing siap-siap dalam box ais untuk korang. Kalau ikutkan hati, memang kami nak beli udang bawa balik, tapi memandangkan keadaan tak mengizinkan, terpaksa batal. Geram gila tengok udang, ikan, sotong besar-besar dan fresh kat sana. MURAH pulak tu!! Korang boleh je berjalan kaki untuk ke semua tempat tu. Dekat-dekat je.

Lepas makan tengahari, kami balik hotel dan ambil barang untuk pulang. 

(Ikhsan Google)




Sebelum pulang, kawan husband bawa kami ke Sup Payau Corner.
Mula tu saya ingat payau tu rasa sup tu payau, rupanya payau tu panggilan untuk rusa. Sedap juga rasa payau. Lembut. Kalo korang teringin nak rasa payau macam mana, korang boleh singgah ke Sup Payau Corner yang bersebelahan dengan Airport Tawau. Flight kami jam 6.00 petang. Masa untuk pulang. Bye TAWAU, bye MABUL.



Alhamdulillah, siap juga Trip Bajet sepanjang 5 hari 4 malam kami di TAWAU-SEMPORNA-MABUL yang semestinya menjanjikan pengalaman dan memori yang terindah. 
Semoga kami diberi kesempatan untuk kesan lagi. Sampai KLIA boleh pula barang yang kami bungkus dalam kotak di ambil orang. Tunggu punya tunggu, ada satu kotak tak di ambil. Jadi kami syak mungkin orang ni tersalah ambil. Terus buat report kat kaunter. Alhamdulillah lepas 3 ari pihak Airasia datang hantar barang tu di rumah.


BAJET HARI KELIMA untuk dua orang


Denda check out lewat : RM 40
Makan tengahari : RM 39
UBER dari KLIA ke rumah : RM 80
Souvenir ikut bajet korang


TOTAL : RM 159.00


***************************************************************


JUMLAH KESELURUHAN SEPANJANG 5 HARI 4 MALAM DI TAWAU - SEMPORNA - MABUL UNTUK DUA ORANG


Hari Pertama : RM 253.90
Hari Kedua : RM 353.00
Hari Ketiga : RM 380.00
Hari Keempat : RM 285.00
Hari Kelima : RM 159.00



Trip Bajet 5 Hari 4 Malam TAWAU - SEMPORNA - MABUL : Hari Keempat

Selamat pagi Mabul!! Jam 5.00 pagi kami dah bangun, yela subuh kan awal di Sabah. Lagi pun jam 5 pagi dan cerah dah pun. Santai-santai sambil tengok matahari naik. Nyamanya kat sini. Harini hari terakhir kami di Mabul. Planning harini nak jalan ke Sipadan Water Village. Sebenarnya orang cakap rugi dah sampai Mabul tak pi snorkeling, tapi memang kami tak snorkeling sebabnya kami tak larat nak bersnorkeling. Tapi kalo korang nak pi snorkeling, kat Arung Hayat ada sediakan trip ke pulau Sipadan-Mabul harga RM120 seorang. Diorang akan gerak jam 9.00 pagi. Kalo korang nak snorkeling katmabul saja pun diorang boleh bawakan, harga RM50 seorang. Tu info dari staf kat Arung Hayat.

Lepas mandi segala, kami ke cafe sarapan pagi. Penginapan ni termasuk sarapan pagi tau. Kami akan check out jam 4.00 petang. Boleh dikatankan berbaloi la, yela dengan harga RM130 korang dapat bermalam sampai ke petang. Lepas sarapan kami lepak-lepak depan bilik. Allahuakbar, Allah bagi rezeki pada kami untuk nampak PENYU dari depan bilik kami je tau. Lama juga dia timbul dan berenang-renang depan kami. Besar pulak tu penyu tu,ada dua ekor. Mungkin pasangan :)



Rutin orang-orang bajau laut setiap pagi. Mencari sesuap nasi dengan meniaga asil tangkapan.







Jalan-jalan sekitar Mabul lagi sebelum pulang. Lepasni mesti akan rasa rindu dengan Mabul. Kenyataannya, memang rindu pun. Rasa-rasa macam kena pergi lagi la Mabul :)
Planning harini masuk ke Sipadan Water Village untuk tengok apa yang ada dalam resort ni. Memang cantik. Lepas tu terus gerak balik ke Arung Hayat untuk cari ikan dengan bajau laut. Tapi apakan daya, ikan dah habis sebab geng budak-budak muda dari China dah borong habis ikan tu. Diorang pun last day harini juga. Jadi kami pi tanya makcik cafe tu kot dia ada ikan fresh, nasib ada. Minta dia masakkan dan makan tengahari kami sebelum pulang. Lepas makan terlelap pulak. Jam dan 4 petang masa untuk gerak pulang.









Anak-anak bajau kami bagi gula-gula kat diorang. Sebelum ke Mabul memang kami ada beli gula-gula utk diberi pada anak-anak bajau situ. Kemain berebut lagi diorang. Rindu kat diorang.



Kami sampai di Jeti Semporna dalam jam 6.00 petang. Agak panjang perjalanan dari Mabul sebab kami naik bot yang agak kecil. Bot plak berenti dua tiga kali jugakla. Sebelum pulang jumpa adik Ainil, baik orangnya. Dia suami isteri guru di Semporna. Diorang juga ada buat short trip ke 4 pulau. Tapi diorang handle time cuti sekolah jela. Lepas tu kami tunggu van untuk ke Pekan Tawau. Kami call Encik Zack yang kami naik van masa datang ke Semporna ni. Dia minta kawan dia yang ambilkan. Kami dah booking De Choice Hotel. Esok planning nak jalan-jalan di Pekan Tawau. Jadi kami harus tidur disana.

Sampai di Pekan Tawau, terus kawan suami datang ambil kami untuk makan malam. Jadi makan malam adalah free :)



BAJET HARI KEEMPAT untuk dua orang


Transfer Bot ke Pekan Semporna : RM 100 untuk 2 orang
De Choice Hotel : RM 95
Makan tengahari : RM 40
Van ke Pekan Tawau : RM 50 untuk 2 orang


TOTAL : RM 285.00


Short Trip 4 Pulau : Ainil 0137590910





Trip Bajet 5 Hari 4 Malam TAWAU - SEMPORNA - MABUL : Hari Ketiga

Alhamdulillah dah masuk hari ketiga kami disini. Sebenarnya dari awal lagi kami dah booking penginapan di Mabul melalui Booking.com. Kami pilih Arung Hayat Sea Adventures sebagai penginapan untuk 2 hari 1 malam kami di sana. Kami hanya mengambil lodge budget sahaja di Mabul. Kalo korang nak tinggal tempat yang lebih selesa pun ada seperti SIPADAN Water Village atau SMART Resort. Kami juga tak ambil mana-mana pakej semasa di Mabul. Bilik yang kami ambil ni memang bilik paling basic, tapi bukan sampai bilik air kena kongsi tau. Cuma bilik kami ni hanya disediakan kipas angan sahaja. Untuk pengetahuan korang, bekalan elektrik di Mabul hanya akan ber operasi sekitar 6.00 petang dan akan tamat jam 6.00 pagi. Jadinya, waktu siang memang korang kena buat aktiviti luar. Takpun santai-santai rehat kat beranda luar bilik je. Kalau tak keppanasan la korang dalam bilik :)

Pagi-pagi lagi kami dah check out dari City Inn dan tunggu orang Mr. Ghazali datang pickup kami depan hotel. Untuk ke Pulau Mabul, korang kena naik bot yang mengambil masa dalam 1 jam perjalanan. Harga untuk transfer bot ke Pulau Mabul nanti saya letak di akhir entri. Kami berkumpul di jeti sebelah Dragon Inn dalam jam 9.00 pagi dan sampai di Arung Hayat sekitar jam 10.00 pagi. Terus check inn. Nasib kami dapat bilik paling hujung dan sebelah tu ada beranda untuk kami santai-santai nanti. Saya cadangkan korang bawa air minuma/mineral siap-siap sebotol dua sebab katanya air paipkat sini hanya air laut yang telah diletakkan kapur untuk hilangkan kemasinan air laut. Rasa airnya agak payau. hehehehe... Macam mana korang nak gosok gigi nanti kan. 


Arung Hayat Sea Adventures


Bilik yang kami menginap untuk dua hari satu malam. Agak selesa. 


Arung Hayat yang beratap biru bercat kuning. Sebelah sana yang berwarna kelabu adalah Billabong. Comel jugak resort Billabong sebenarnya. Tapi rasanya Billabong buat pakej.

Di sebelah kanan Arung Hayat adalah Big Jonh Scuba Lodge.


Pagi-pagi memang anak-anak bajau laut akan berpusing-pusing dibawah lodge kami sama ada membawa hasil tangkapan atau sekadar meminta ihsan. Suka tengok mereka, relax je dayung sampan kecil begitu. Jadi, memandangkan memang kami tak punya perancangan apa sepanjang di Mabul kecuali hanya untuk rehat-rehat je. Plan makan tengahari harini kami beli udang lipan dan ikan. Lepastu minta makcik cafe Arung Hayat tolong masakkan. Sedap. 



Dah selesai makan tengahari, solat dan lepak-lepak di luar bilik. Mana tahu ada pakcik datang jual ketam. Boleh buat kudapan petang kan. Tengok-tengok sekali betul ada pakcik datang bawa ketam. Dia jual 6 ekor ketam yang besar dan fresh dengan harga RM15. Okeyla ambil je, mana nak dapat ketam yang hidup-hidup lagi dengan harga murah macam tu kan.



Muka puas dapat beli ketam kodek-kodek lagi :)



Kami minta makcik tu masak ketam goreng tepung je. Tapi kenapa sedap sangat eh?? Makan lagi setelah makan tengahari. Puas ati. Siap makan, kami plan nak jalan-jalan kat sekitar Kampung Mabul ni. Paling tak sabar nak ambil gambar banyak-banyak kat SMART Resort, Sipadan Water Village dan Mabul Water Bangalow Resort. Yela, selama ni dok tengok gambar canti-cantik dari blogger lain je kan. Layankan ye gambar sekitar lawatan kami.

Keluar je dari Arung Hayat korang amek kanan dan korang akan jalan tepi-tepi rumah orang kampung je. Jalan terus je korang akan nampak sekolah, lalu tepi sekolah tu belah kiri korang ada kubur. Terus je lagi korang akan jumpa SMART Resort. Kat situ berenti la amek gambar sepuasnya. Memang cantik, pokok kelapa berpulu-puluh pokok rasanya. Cantik sangat. Bersih.


Laluan keluar dari Arung Hayat

 Hati-hati titi kecik dan bergoyang-goyang. Jangan terlalu berhuha-huha sangat. kang jatuh padan muka :)

Laluan yang nak ke SMART Resort

Sekolah di MABUL

Kita sampai di SMART Resort




Habis je posing berkeping-keping di SMART Resort, kami gerak teruskan perjalanan ke Mabul Water Bangalow Resort. Kat sini tek keruan jadinya sebab tengok resort yang cantik yakmat. InsyaAllah kalo diberi rezeki lebih, bolehla kita bermalam di sini nanti. Kali ni trip kami adalah trip bajet, jadi segalanya harus bajet. Dapat tengok ciptaan Allah yang sangat indah pun dah syukur sangat. Alhamdulillah.










Keluar dari  Mabul Water Bangalow Resort, sebelah kanan korang ada resort yang tak kurang cantiknya iaitu SIPADAN Water Village. Petang ni kami ambil kat depan pintu masuk je sebab plan esok pagi nak datang tengok bahagian dalam resort ni. Di Sabah cepat gelap, jadi kami teruskan perjalanan. Plan kami nak pusing satu Pulau Mabul ni. Dari sini, banyak yang kami boleh belajar dari orang-orang sini. Memang macam kehidupan kita masa kecil-kecil dulu. Satu kampung bermain, bekerja dan bantu membantu. Banyak juga kedai-kedai runcit disini, patutla anak-anak kecil minta duit pada kita. Rupanya nak beli kat sini la tu :)










Habis kami pusing satu Pulau Mabul.Puas hati,takda la tertanya-tanya apa yang ada dalam pulau ni. Kecil je sebenarnya pulau ni, sekali pusing dah khatam. Sebelum balik bilik kami singgah beli air kelapa. Malam pula kami ke cafe untuk minum-minum je. Nasib bawak makanan ringan, boleh juga mengunyah time malam-malam ni. Duduk santai-santai kat luar bilik. Ada pula geng-geng muda dok jamming malam-malam ni. Okeyla, takdala bosan sangat. layan je.





BAJET HARI KETIGA untuk dua orang


Transfer Bot ke Pulau Mabul : RM 140 untuk 2 orang
Penginapan Arung Hayat : RM 137
Makan tengahari ( Ikan bawal + Udang Lipan ) : RM 64
Upah masak + Ketam Goreng Tepung : RM 26
Air kelapa : RM 7
Minum malam : RM 6


TOTAL : RM 380.00


Untuk transfer bot ke Pulau Mabul korang boleh contact mereka ni :

Mr. Ghazali : 0109684566
Pakcik Asli : 0128175152