Ahad, 22 Julai 2012

Resepi Paprik Ayam



Resepi untuk berbuka puasa semalam adalah PAPRIK AYAM
resepi ni linda amek dari blog Che Mat Gebu.TQ Che Mat...Gebulah!!

AYAM PAPRIK

BAHAN-BAHANNYA :
2 keping dada ayam,dipotong dadu
1/2 batang lobak merah,dipotong nipis
4 batang jagung kecil,dipotong serong
1 biji bawang besar,belah 6
1 ulas bawang putih,cincang halus (untuk menumis)
1ulas bawang merah (untuk menumis)
1 batang serai,diketuk
4 biji cili padi,dititik
1/2 biji cili besar,dipotong
100gm bunga kobis,dipotong sekuntum2
2 helai daun limau purut
1 biji tomato (linda tak masukkan sbb bahan xde)
Sos ikan secukup rasa
2 camca besar cili boh
2 camca besar sos cili thai
3 camca besar sos tomato/cili
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap manis



CARA MEMBUATNYA : 
1. Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan cili boh kacau sehingga masak.Kemudian masukkan sos tomato/cili,sos ikan,sos tiram,kicap manis serta sedikit air.
3. Masukkan ayam tunggu sehingga ayam masak.
4. kemudian masuk kesemua sayur serta serai.Kacau dan rasa (ops...xleh nak rasa plak.hehehe) Siap.Boleh dihidangkan.

Okey,inilah hasilnya...sedap ooo.hehehe.

9 ulasan:

  1. Cida datang sebab tgok resepi ni ha! pastu dah letak link kat atas tu! =DD TQ!

    BalasPadam
  2. mengidam paprikkk..cari resipi jumpa blog nih. hehehe. nampak best

    BalasPadam
  3. sedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
    nk kene try ni..

    jemput ke blog saye..

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..

    Moga bermanfaat :)

    BalasPadam
  4. Org dh try resipi awk.. sedap & senang 👍
    Thanks awok 😘

    BalasPadam