Ahad, 29 Julai 2012

Resepi Siakap Tiga Rasa

Salam semua...
Harini linda nak share ngan semua pasal resepi Siakap Tiga Rasa.
Linda bukan terer masak sangat,tapi bila dah try buat menjadi mula la...nak share ngan korang.Sharing is Caring la katakan...hehehe.Resepi ni dah dua kali linda buat sepanjang 10 hari kita posa.Dua-dua kali suami cakap best.Bangga tau korang bila suami puji.(kembang sket...)Resepi ni kalo korang nak tukar ikan pun boleh.Jomla linda share sket...Layan.


Ikan Siakap Tiga Rasa dah siap...


Bahan-bahan yang nak dimasukkan ke dalam kuah.

BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ikan siakap yang telah siap dibersihkan*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam* (* dilumur dan diperap sekejap)
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili
2 camca besar sos cili thai
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos ikan
Sedikit air
Sedikit kicap

Bahan yang dicincang dadu/halus :
1 tin kecil nanas kiub
1 biji bawang besar (cincang dadu)
1/2 cili besar (potong nipis)
1 biji tomato (cincang dadu)
5 biji cili kecil (potong kecil-kecil)
1 biji bawang merah (hiris nipis untuk tumis)
1 ulas bawang putih (hiris nipis untuk tumis)

CARA MEMBUATNYA :

1) Goreng ikan siakap tadi hingga kuning pada kedua-dua bahagian.Angkat dan letak dalam pinggan.Ketepikan.

2) Panas minyak dalam kuali,tumis bawang putih bersama bawang merah hingga harum.Masuk cili kisar dan tumis hingga cili garing.

3) Masukkan sos tiram,sos tomato,sos cili,sos cili thai,sos ikan,kacau rata dan masak sekejap.

4) Masukkan air dan sedikit kicap.Tambah bahan yang telah dicincang dadu/halus (seperti dalam gambar diatas).Kacau hingga pekat,jika ok matikan api.Tuang atas ikan siakap tadi.Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan