Ahad, 22 Julai 2012

Fadhilat Solat Tarawikh


Salam 3 Ramadhan 1433H untuk semua reader yang linda sayang...=)
Hah kau,dh 3 Ramadhan baru macik malas ni nak post n3 pasal tarawikh.Tapi belum terlambat rasanya kalo korang nak ikot tarawikh.Bulan ni je yang ada solat tarawikh,bulan lain mna ada kn??So,jangan malas2 nak p tau.( pesanan utk diri sndr jgk...wekkk=p )
Kat sini linda nak share ngan korang pasal fadhilat solat Tarawikh.Meh kita baca dan buat sama-sama.Moga-moga Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan yang lepas.InsyaAllah...


1.Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawikh serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawikh itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain,semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat tarawikh akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,Zabur,Injil dan Al-Quran.

5. Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram,Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Malam Keenam
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawikh malam itu.

7. Malam Ketujuh
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi Musa a.s menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

8. Malam Kelapan
Allah SWT mengurniakan pahala bagi oarang yang solat tarawikh sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s

9. Malam Kesembilan
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW

10. Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya.

13. Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawikh serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

15. Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah SWT mengampunkannya.

16. Malam Keenambelas
Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Malam Ketujuhbelas
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Malam Kelapanbelas
Malaikat akan meyeru : Wahai hamba Allah,sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan kedua ibubapamu (yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia)

19. Malam Kesembilanbelas
Allah SWT akan meninggikan darjat di dalam syurga Firdaus.

20. Malam Keduapuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Malam Keduapuluh satu
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Malam Keduapuluh tiga
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Malam Keduapuluh empat
Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawikh pada malam tersebut.

25. Malam Keduapuluh lima
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Malam Keduapuluh enam
Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawikh pada malam tersebut.

27. Malam Keduapuluh tujuh
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Malam Keduapuluh lapan
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Malam Keduapuluh sembilan
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Malam Ketigapuluh
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawikh pada malam terakhir dengan firman (yang bermaksud) : Wahai hambaku! makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.

3 ulasan: