Selasa, 28 Julai 2015

Resepi Kulat Sisir Masak Lemak Cili Api

As salam semua
Belum terlambat kot kalo sy nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batain andai penulisan sy selama ini ada mengguris hati mana-mana pihak.
Oket,kali ni nak ajar resepi yang takde kena mengena ngan hari raya pun.Tp,ada kena mengena ngan puasa.Hahaha...


Sapa penah dengar KULAT SISIR??
Kalo orang Kedah kata 'KULAT SISIAQ'


Rasanya kulat ni ada kat kampung-kampung je kot.Sebabnya dia tumbuh kat batang pokok yang tumbang terutamanya pada pokok getah.Kalo zaman budak-budak dulu memang selalu kutip kulait ni ngan mak.Kalo harini hujan,esok pagi mesti masuk hutan cari kulat.Bestnya...!!!Kampung linda memang banyak pokok-pokok getah,bila diorang nak tanam pokok getah lain,yang lama diorang akan tebang.So,memang jadi rezeki kami la nak makan kulat.Sedap...!!!



Okey,linda tunjuk pada korang yang tak pernah tengok rupa kulat sisir ni.
Tutup mata dulu...hehehe :)



Nilah rupanya kulat sisir,tumbuh kat batang pokok.
Ni kalo hujan turun mesti kembang lagi mekar kulat ni.



Meh nak ajar resepi untuk buat Kulat Sisir.

KULAT SISIR MASAK LEMAK CILI API


Kulat ni dah siap rendam sebenarnya.Kalo yang dijual di pasar dalam keadaan kering.Korang kena rendam dam bersihkan hujung kaki kulat sebab selalunya ada kulit pokok.Jadi,kena kerat hujungnya.






BAHAN-BAHAN

2 Cawan kulat sisir
12 biji cili padi
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
1 batang serai - dititik
1 keping asam gelugur
4 ekor udang besar
200 ml santan kotak pekat
3 cawan air
Garam & Serbuk perisa





CARA PENYEDIAAN : 

1) Bersihkan kulat sisir dari segala kotoran dan rendam seketika.Buang kaki kulat jika terdapat kulit kayu yang melekat




2) Tumbuk bawang merah,bawang besar dan cili padi.Titik serai di akhirnya




3) Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau




4) Setelah bahan tumbuk tadi naik bau,masukkan santan pekat,air dan asam gelugur





5) Masukkan kulat sisir bersama udang besar.Tunggu sehingga masak akhir sekali masukkan garam dan bahan perasa secukupnya.





6) Tutup periuk dan tunggu sehingga santan masak sepenuhnya.





KULAT SISIR MASAK LEMAK CILI API sedia untuk dihidang!!!



5 ulasan:

  1. wahh sedapnya... saya tak pernah lg makan kulat sisir ni.

    BalasPadam
  2. kulat sisir ni sama agaknya dengan cendawan kukur.. ye tak

    Aishah

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup sama..kt selangor panggil cendawan kukur...kt area lain byk panggil kulat sisir...

      Padam
  3. ye tak ye kott .. kalau tak , tak keluar kat google list

    BalasPadam
  4. tambah daun limau purut utk kasi wangi sket kuah tu

    BalasPadam