Ahad, 8 Mac 2015

Susun Atur tanpa kitchen cabinet yang mahal

Biasala kita ni kaum wanita mesti nak sangat built-in kitchen cabinet yang OH-MY Gucci!!Sangat-sangat bestla kalo apa yang kita idam-idamkan tercapai.Dapur yang luas-kemas-cantik-selesa.Macam-macam la nak kan.Tapi...kita perlu tepuk dada tanya poket ada berapa.hehe...Jadi,mari kita memasang angan-angan dan berusaha untuk penuhi apa yang kita angankan tu tercapai.Tak salah untuk berangan.Janji ada USAHA.

Tak kisah la rumah kita ada ke takde kitchen kabinet ni,pokok pangkal malas ngan rajin je ko nak mengemas ke tak.Kalo kabinet dah riban-riban harganya,takkan ko nak biarkan bersepah-sepah kan.Harusla kena rajin menyimpan.Kalo tak rugi je tak terjaga.Satu lagi harula rajin memasak sebab suami dah sediakan ruang dapur yang best.

Bagi korang yang takde kichen kabinet riban-riban macam sy ni,boleh je keluarkan kreativiti korang untuk susun atur dapur korang untuk memudahkan korang memasak.Asal cantik di mata korang pun cukupla.Sebabnya korang yang nak mengadap dapur ni hari-hari kan??

Ni built-in kitchen cabinet yang saya gugel.Ada banyak sangat contoh yang best-best.Tapi ni je rasanya saya mampu jadikan ianya satu realiti.




Bila dah ada lengkap semua perkakasan dapur,semangat tak nak memasak nih??













 Ni ruang dapur rumah saya.Sapa yang pernah baca blog ni mesti dah penah tengok dapur hijau nih kan??hehehe...Kali ni,tambah rak untuk letak botol-botol rempah ratus.Dah lama suruh encik suami pasangkan rak nih.Ada juga yang tanya mana saya beli rak ni.Sebenarnya,rak ni rak buku gantung yang ada 4 ruang tu.Tapi kami ambil bahagian atas dan bawah kayu tu untuk buatkan rak macam ni.Kaki rak kami beli kat kedai DIY.Rak beli kat TESCO je,harga bawah RM20.Jimat!!


Botol-botol rempah pulak saya beli dekat kedai ECO RM2.Sebalang hanya RM2 je.Jangan risau,barang-barang dalam rumah saya semua mampu beli.hehehe...Label pulak saya edit buat sendiri je.Saya pernah share free label ni kat group FB Susun Atur,ramai gak yang bagi respon berminat dengan label ni.Sapa yang dah dapat boleh la share-share sama ya.




Semua kabinet yang dibeli siap je.Asalkan warna harus seragam.Kahkah..nak jugak kan.Seronok sebenarnya hias-hias rumah ni.Best je tengok kalo tersusun.Senang nak cari barang.Tapi,suami marah jugak sebab kadang-kadang barang berubah tempat sebab isteri suka sangat mengemas n tukar-tukar tempat.






Nak tambah seri dapur harusla ada deko-deko sikit kan??barula Eric...SUPPRISE!!
Linda beli gambar ni dekat ROMANTIKA.Harga bawah RM10 untuk satu gambar.Tapi ada hati nak tambah bagi penuh dinding lagi,Nampak tak ada unsur tamak disitu.Kahkahkah...




Gambar ni linda pasang dekat laluan nak ke ruang tamu.Ala...rumah kecil,sini je tempat mendekonya.Eh,sy gantung getah kat pemegang almari je.Mudah nak capai.Tapi tak cantik dipandang.Nanti kita cari tempat lebih sistematik.


14 ulasan:

  1. Cantik dan yang penting kemas tersusun. jelesnye. bilela nk ada rumah sendiri ni..... btw, gambar tu cantik!

    BalasPadam
  2. cantik dan kemas dapur awk..samalh dengan saya..x cukup budget lagik nak buat kitchen kabinet..
    harap2 lepas ni adalah rezeki kite yerk..buat masa ni kita guna ape yang ada dulu.yg penting..bersih dan kemas..hihihi

    BalasPadam
  3. Thanx for sharing, kemas dapur awk, inspired!

    BalasPadam
  4. Thanx for sharing, kemas dapur awk, inspired!

    BalasPadam
  5. Thanx for sharing, kemas dapur awk, inspired! Suka tengok dinding berwarna hijau tu. kolor dinding tu mmg ada tone ke?

    BalasPadam
  6. Thanx for sharing, kemas dapur awk, inspired! Suka tengok dinding berwarna hijau tu. kolor dinding tu mmg ada tone ke?

    BalasPadam
  7. febret kaler sy hijau, teringin jg nak deco dapur kemas cenggitu :)

    BalasPadam
  8. Kite pon nak deko dapur....tapi umah mak.....harapan je la...hahaha

    BalasPadam
  9. Cantik la dapur u.. Berkenan la plak.. Hihihi

    BalasPadam
  10. assalamualaikum dan salam kenal,,comel dapur u,,,tq for sharing..dpt juga idea sikit2,hehe

    BalasPadam
  11. Seronoknya tengok dapur tu....bersemangat nak buat kat rumah kita. Thanks kongsi idea.

    BalasPadam
  12. Seronoknya tengok dapur tu....bersemangat nak buat kat rumah kita. Thanks kongsi idea.

    BalasPadam
  13. sama la kita asyik2 tukar tmpt itu ini sbb kdg2 sy ni jenis bosan klu itu2 ja keadaan dapur so nk change lg spya kelihatan kemas dan bersih.tqvm u sharing..tp sy blm dpt capai impian lg ni dptkn kabinet mcm korg.

    BalasPadam
  14. Dapur dah kemas mengancam, masa untuk cuba resepi baru pula..

    BalasPadam