Isnin, 22 Februari 2010

Cinta Tak Terucap

Aku baca citer ni dlm Ukhwah.com.Setiap kali aku baca mesti menetes.(haih...jiwang karat tol aku nih)Terharu dgn kata2 suami dia.Tak taula ni kesah benar ke aper.Tapi,yg aku bleh simpulkan,hargaila pasangan masing2 sementara dia masih ada.Sebab tu lah ALLAH pertemukan jodoh kita dengan dia.

Suami sy seorang jurutera,sy mencintai sifatnya yg semulajadi dan sy menyukai perasaan hangat yg muncul dihati sy ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dlm masa perkenalan dan 2 tahun dlm masa pernikahan,sy harus akui bahawa sy mulai merasa letih,lelah,alasan-alasan sy mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yg menjemukan.Sy seorang wanita yg sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.Sy merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yg sentiasa mengharapkan belaian.Tapi,semua itu tidak pernah sy perolehi.Suami sy jauh berbeza dari yg sy harapkan,rasa sensitifnya kurang.Dan ketidakmampuannya dlm mencipta suasana romantis dlm perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan sy terhadap cinta yg ideal.

Suatu hari,sy beranikan diri untuk mengatakan keputusan sy kepadanya,bahawa sy inginkan perceraian.

"Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih,abang tidak pernah cuba memberikan cinta yg Siti inginkan."Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya.Kekecewaan sy semakin bertambah,seorang suami yg tidak dapat mengekspresikan perasaannya,apalagi yg boleh sy harapkan daripadanya?Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yg Abang boleh lakukan untuk ubah fikiran Siti?" Sy merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan,kalo Abang temui jawapannya didalam hati Siti,Siti akan mengubah fikiran Siti."
"Seandainya Siti menyukai sekuntum bunga cantik yg ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu,Abang akan mati.Apakah Abang akan lakukan untuk Siti?" 

Dia termenung dan akhirnya berkata,"Abang akan memberikan jawapannya esok."Hati sy terus menjadi gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya,dia tidak ada di rumah,dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yg berisi susu hangat yg bertuliskan...

"Sayangku,Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu,tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."Kalimah pertama itu menghancurkan hati sy.Namun,sy masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor,Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti memperbaiki program tersebut." 

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu,dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang." 

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat baru yang Siti kunjungi,Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yg lain dan menbawa Siti pulang."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yg sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah,dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'.Dan Abang harus membelikan sesuatu yg dapat mengiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal yg kelakar yg Abang alami." 

"Siti selalu menatap komputer,membaca buku dan itu tidak baik untuk mata Siti ,Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti,Abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti,membimbing melusuri pantai,menikmati matahari pagi dan pasir yg indah.Menceritakan warna-warna bunga yg bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku,Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati kerana Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku,Abang tahu,ada ramai orang yg boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintaimu."Untuk itu sayang,jika semua yg telah diberikan oleh tangan,kaki,mata Abang tidak cukup bagi Siti.Abang tidak akan menahan Siti dari mencari tangan,kaki dan mata lain yg dapat membahagiakan Siti."

Airmata sy jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur,tetapi sy tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang,Siti telah selesai membaca jawapan Abang.Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini,dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,tolong bukakan pintu rumah kita,Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.""Tetapi,jika Siti tidak puas hati,sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang,dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu.Percayalah sayang,bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun.Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat.Lalu sy segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar ssambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan sy.

Oh!!KIni sy tahu,tidak ada org yg pernah mencintai sy lebih dari dia mencintai sy.Itulah cinta,di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam kewujudan yg kita inginkan,maka cinta itu telah hadir dalam kewujudan yg tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.


                                                                                   

12 ulasan:

  1. sedih gila baca..
    ketika keadaan sy yang tawar hati dgn cinta yg diberikan, sy dpt semangat yg baru..
    thanks!

    BalasPadam
  2. cinta mksUdnya luaS....nIce..tOuching...

    BalasPadam
  3. oh, terharu2... ytapi tetep xleh nanges pasal ada tetamu dalam bilik aku time aku bace benda ni..

    =)

    BalasPadam
  4. Chenta : Sy harap awk tabah hadapi apa yg
    terjadi.Tamo sedey2 yer.Nice to know
    u.Keep in touch...;)

    BalasPadam
  5. eNaSaN : Thanaks...nice to know u.sgt teruja
    buat blog nih.heheh

    BalasPadam
  6. Pisyek : Thanks pisyek.Alo...u ajak tetamu u
    tu bc skali,sure skali ngan diorg
    nanges sme.heheh

    BalasPadam
  7. Saya juga menitis airmata..

    Keikhlasan itu hadir di dalam hati tanpa bicara.. tanpa bait-bait kata indah..

    BalasPadam
  8. cik linda, sy juga menangis bace entri ini. walaupun saya belum kawin, tapi bf saya tak pernah berromantik dgn saya..
    tq..perempuan mmg mcm tu..suke emo..
    jengah la ke blog saya ya nnt. sy pun beginner..
    www.bukankisahsangat.com

    BalasPadam
  9. Rashid : Wah,u pn mnangis yer.Btol tu,cinta tak perlu diungkap dengan kata-kata indah...

    BalasPadam
  10. Suria : I dh jengok ke blog u.Thanks sudi baca entri i.Erm,xper...pasni dh kawen sure dia romantik punya.Laki ni susah nk tunjuk yg dia sayang kt.

    BalasPadam
  11. Mashii : Huwaaa...meh nanges sme2.

    BalasPadam