Sabtu, 26 Oktober 2013

Rendang Daging Mudah

Salam semua...


Kita ke udara lagi bersama Chef Linda...hahaha
Hari ni,chef nak ajar resepi baru ciptaan chef iaitu RENDANG DAGING lupa diri.eh!
Resepi biasa-biasa je,kali ni linda akan tunjuk step by step guna gambar.Best tak,best tak??
Kali ni gigih sambil masak amek gambar,sebab tu nama masakan ni rendang daging lupa diri.Boleh???hahaha...
Ok,jom kita tengok bahan-bahannya dulu

BAHAN-BAHAN :
1kg daging
1 cawan santan pekat
1 pekat kerisik
Kicap (linda guna kicap manis)
Garam (sikit je)

Bahan kisaran 
1 inci halia
1 inci lengkuas (linda tak masukkn pun)
4 batang serai
6 biji bawang merah
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cili kisar (sama banyak dengan bahan kisaran di atas)

CARA-CARANYA :


Sebahagian dari bahan-bahannya

1) Tumis bahan-bahan yang dikisar


2) Bila bahan tumis sedikit garing,masuk cili mesin.
Masak hingga naik minyak.Takut nanti rendang cepat basi.


3) Bila dah garing,masuk pati santan + air


4) Masuk kerisik.Biar hingga mendidih


5) Masukkan daging yang telah dipotong kecil.
Baru senang nak makan =)


6) Gaul dan biar hingga mendidih


7) Akhir sekali masukkan kicap,garam secukup rasa.
Linda tak masukkan gula sebab linda guna kicap manis.


8) Masak hingga kering dan boleh dihidang
Ermmm...sedapnya kalo makan ngan nasik panas-panas kn??

2 ulasan:

  1. ok, bule tiru.. saya tak pandai buat rendang.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kita berkongsi2 ilmu.
      Linda pn xpandai,bl cuma menjadi plak.

      Padam