Salam Reader...
Sila jangan geli dengar N3 arini.Sangat gatal nak anak saya ni.Padahal baru je sebulan lebih kawen.Sangat heaven kalo hamil kan sbb ada baby comel gerak2 dlm perot.Owh...doakn saya ye semua.hehehe.Okey,jom baca petua untuk cepat hamil.Pastu,kita bleh berangan2 lagi.=)
1.
Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual - Adalah
penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai
untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran
telur atau ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda
boleh dapatkan ovulation kit di mana-mana farmasi. Ovulation kit ini boleh
membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur
yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam
dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum
saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.
2.
Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual - Ini
bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka atau fakta yang
tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan
untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada
juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting
ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”. Sebab,
jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda
(isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung
tidak ada.
3.
Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda - Daripada
penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme –
klimaks semasa hubungan kelamin – akan membentuk suasana alkaline pada vagina
yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda
mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda
ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik – rahim – lebih
tinggi.
4.
Posisi Hubungan Seksual - Posisi seks yang dicadangkan
berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi
suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal
kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk
menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua
mencapai klimaks bersama sama. Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke
dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia
akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan
menyukarkannya untuk berenang dan bergabung dengan sel telur, yang akhirnya
menjadikan usaha anda sia-sia saja. Manakala posisi seksual yang perlu
dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau
berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa
sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur.
5.
Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks - Tidak
ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas
hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Kerana sebenarnya sperma sudah
berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah
digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang
diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina
anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana
cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.
6. Buat
Para Suami - Para suami sebaiknya menghindari memakai
seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan
menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan
testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.
7.
Relaks - Setiap pasangan suami isteri perlu
sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress atau tekanan. Ini
kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan
untuk hamil.
8. Jaga
Kesihatan Anda - Menjaga kesihatan adalah asas
yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa
wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan
yang berlebihan atau kurang.
Petua
ini diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil.
Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur
di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal
walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan
mencuba lagi. Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan
hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar
untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan