Tidak mengapa untuk berasa sedih namun usahlah terlalu sedih sehingga perlu anda meratapi sebuah perpisahan itu.Kesedihan hanyalah ledakan perasaan yg dibauri oleh syaitan.Dari kesedihan ramai yang jadi tidak redha,lalu tanpa disedari menjadi kufur bila hati kerap mempertikaikan,mengapa Allah buat begini??Mengapa aku di uji sedemikian rupa??Sedangkan setiap kesedihan hujungnya adalah nikmat.Bila??Bagaimana??tiada siapa yang tahu namun ia tetap terjadi.
Jika perlu menangis oleh perpisahan menangislah,tapi usah terlalu lama kerana pintu pertemuan yang baru telah terbuka untuk anda.Biasanya pertemuan yang baru menjanjikan kegembiraan yang lebih baik kerana kita semakin matang oleh pengalaman yang lalu.
Tanpa manusia terpaksa berenang menyeberangi sungai,tak mungkin jambatan akan terbina.Tanpa kepayahan berpanas berhujan,tak mungkin rumah dibina.Hidup adalah pengalaman penuh pengajaran.Setiap yang dilalui adalah ilmu untuk berdepan pada hari muka.Biar ia sedih hari ini,mungkin ia adalah mukadimah kegembiraaan untuk hari esok.
Memang tidak semua mahukan perpisahan tapi jika perpisahan itu terjadi,fahamilah bahawa setiap sesuatu akan sampai pada pengakhirannya.Usah sangka perhubungan yang panjang adalah kebahagiaan,kadang-kadang ia lebih rancak oleh masalah yang terpaksa ditangani berpanjangan.
Perpisahan adalah kembar pertemuan.Setiap kali anda bertemu insan baru,beritahu pada hati,anda akan berpisah dengannya suatu hari nanti.Bila??Di mana??Bagaimana??Kenapa??tiada siapa akan tahu.Pokoknya perpisahan pasti akan terjadi.Sama ada oleh hayat yang telah sampai atau perhubungan itu telah sampai pada noktah untuk kita berhenti.
Perpisahan walaupun sakit untuk kita terima,bergembiralah kerana kita telah merdeka oleh kerenah yang menyakitkan kita sekian lama.Meskipun setiap orang ada baik dan buruknya,apabila saat perpisahan terjadi,kenangi selalu keburukkannya supaya anda bersyukur akhirnya hidup kembali bermula dari awal.Usah kenangi baiknya nanti anda akan berasa kesal berpanjangan.
Relakan setiap perpisahan dengan redha dan syukur.Jika mampu tersenyum maka kertawalah.Orang yang meninggalkan kita memang mahu melihat kita terluka oleh perbuatannya.Menangis adalah markah kemenangan untuknya,tetapi tersenyum dan tertawa akan membuatkan hatinya menderita.
Usah tinggalkan kenangan gembira di hati orang yang meninggalkan anda,tetapi tanamkanlah kenangan ralat dan kesal di jiwanya.Tanpa matlamat kesedihan tiada siapa mahukan perpisahan terjadi,tetapi andainya manusia sanggup berpisah bukankah itu bermaksud mahukan kesedihan??Usahlah jadi mangsa pada kesedihan tapi bangkit dan depani hidup baru,moga Allah berikan pengganti yang lebih baik untuk anda.
Pada setiap perpisahan ada nikmat pertemuan.Perpisahan itu adalah titik awal pada pertemuan yang lebih baik.Tuhan tidak mensia-siakan hidup hamba-Nya kecuali hamba itu sendiri menjadikan dirinya sia-sia oleh keadaan.Anggaplah apabila ditinggalkan,ia detik kemerdekaan yang dicari-cari.Kemudian penuhilah ruang kemerdekaan itu dengan wawasan keras untuk hidup lebih baik daripada apa yang pernah dilalui dahulu.Berdoa selalu agar Allah temukan anda dengan insan yang lebih baik agar kehidupan yang berbaki ini tidak sia-sia.Bangun dan bangkitlah.Keluar dari kepompong kesedihan yang tidak perlu anda kesali itu.Pergilah pada dunia serba baru yang lebih indah.Kegembiraan seorang muslim adalah keredhaan Allah terhadapnya.Mari mencari keredhaan itu dan yakinlah anda akan menemui-Nya.InsyaAllah...
p/s : Sekadar perkongsian ilmu untuk mereka yang pernah dikecewakan.Sumber ilmu Mingguan Wanita.
sayang sabar ye..jgn sedih2...
BalasPadambe strong...allah always beside u dear
sabar
BalasPadam