Rabu, 5 April 2017

Trip Bajet 5 Hari 4 Malam TAWAU - SEMPORNA - MABUL : Hari Ketiga

Alhamdulillah dah masuk hari ketiga kami disini. Sebenarnya dari awal lagi kami dah booking penginapan di Mabul melalui Booking.com. Kami pilih Arung Hayat Sea Adventures sebagai penginapan untuk 2 hari 1 malam kami di sana. Kami hanya mengambil lodge budget sahaja di Mabul. Kalo korang nak tinggal tempat yang lebih selesa pun ada seperti SIPADAN Water Village atau SMART Resort. Kami juga tak ambil mana-mana pakej semasa di Mabul. Bilik yang kami ambil ni memang bilik paling basic, tapi bukan sampai bilik air kena kongsi tau. Cuma bilik kami ni hanya disediakan kipas angan sahaja. Untuk pengetahuan korang, bekalan elektrik di Mabul hanya akan ber operasi sekitar 6.00 petang dan akan tamat jam 6.00 pagi. Jadinya, waktu siang memang korang kena buat aktiviti luar. Takpun santai-santai rehat kat beranda luar bilik je. Kalau tak keppanasan la korang dalam bilik :)

Pagi-pagi lagi kami dah check out dari City Inn dan tunggu orang Mr. Ghazali datang pickup kami depan hotel. Untuk ke Pulau Mabul, korang kena naik bot yang mengambil masa dalam 1 jam perjalanan. Harga untuk transfer bot ke Pulau Mabul nanti saya letak di akhir entri. Kami berkumpul di jeti sebelah Dragon Inn dalam jam 9.00 pagi dan sampai di Arung Hayat sekitar jam 10.00 pagi. Terus check inn. Nasib kami dapat bilik paling hujung dan sebelah tu ada beranda untuk kami santai-santai nanti. Saya cadangkan korang bawa air minuma/mineral siap-siap sebotol dua sebab katanya air paipkat sini hanya air laut yang telah diletakkan kapur untuk hilangkan kemasinan air laut. Rasa airnya agak payau. hehehehe... Macam mana korang nak gosok gigi nanti kan. 


Arung Hayat Sea Adventures


Bilik yang kami menginap untuk dua hari satu malam. Agak selesa. 


Arung Hayat yang beratap biru bercat kuning. Sebelah sana yang berwarna kelabu adalah Billabong. Comel jugak resort Billabong sebenarnya. Tapi rasanya Billabong buat pakej.

Di sebelah kanan Arung Hayat adalah Big Jonh Scuba Lodge.


Pagi-pagi memang anak-anak bajau laut akan berpusing-pusing dibawah lodge kami sama ada membawa hasil tangkapan atau sekadar meminta ihsan. Suka tengok mereka, relax je dayung sampan kecil begitu. Jadi, memandangkan memang kami tak punya perancangan apa sepanjang di Mabul kecuali hanya untuk rehat-rehat je. Plan makan tengahari harini kami beli udang lipan dan ikan. Lepastu minta makcik cafe Arung Hayat tolong masakkan. Sedap. 




Dah selesai makan tengahari, solat dan lepak-lepak di luar bilik. Mana tahu ada pakcik datang jual ketam. Boleh buat kudapan petang kan. Tengok-tengok sekali betul ada pakcik datang bawa ketam. Dia jual 6 ekor ketam yang besar dan fresh dengan harga RM15. Okeyla ambil je, mana nak dapat ketam yang hidup-hidup lagi dengan harga murah macam tu kan.



Muka puas dapat beli ketam kodek-kodek lagi :)



Kami minta makcik tu masak ketam goreng tepung je. Tapi kenapa sedap sangat eh?? Makan lagi setelah makan tengahari. Puas ati. Siap makan, kami plan nak jalan-jalan kat sekitar Kampung Mabul ni. Paling tak sabar nak ambil gambar banyak-banyak kat SMART Resort, Sipadan Water Village dan Mabul Water Bangalow Resort. Yela, selama ni dok tengok gambar canti-cantik dari blogger lain je kan. Layankan ye gambar sekitar lawatan kami.

Keluar je dari Arung Hayat korang amek kanan dan korang akan jalan tepi-tepi rumah orang kampung je. Jalan terus je korang akan nampak sekolah, lalu tepi sekolah tu belah kiri korang ada kubur. Terus je lagi korang akan jumpa SMART Resort. Kat situ berenti la amek gambar sepuasnya. Memang cantik, pokok kelapa berpulu-puluh pokok rasanya. Cantik sangat. Bersih.


Laluan keluar dari Arung Hayat

 Hati-hati titi kecik dan bergoyang-goyang. Jangan terlalu berhuha-huha sangat. kang jatuh padan muka :)

Laluan yang nak ke SMART Resort

Sekolah di MABUL

Kita sampai di SMART Resort




Habis je posing berkeping-keping di SMART Resort, kami gerak teruskan perjalanan ke Mabul Water Bangalow Resort. Kat sini tek keruan jadinya sebab tengok resort yang cantik yakmat. InsyaAllah kalo diberi rezeki lebih, bolehla kita bermalam di sini nanti. Kali ni trip kami adalah trip bajet, jadi segalanya harus bajet. Dapat tengok ciptaan Allah yang sangat indah pun dah syukur sangat. Alhamdulillah.













Keluar dari  Mabul Water Bangalow Resort, sebelah kanan korang ada resort yang tak kurang cantiknya iaitu SIPADAN Water Village. Petang ni kami ambil kat depan pintu masuk je sebab plan esok pagi nak datang tengok bahagian dalam resort ni. Di Sabah cepat gelap, jadi kami teruskan perjalanan. Plan kami nak pusing satu Pulau Mabul ni. Dari sini, banyak yang kami boleh belajar dari orang-orang sini. Memang macam kehidupan kita masa kecil-kecil dulu. Satu kampung bermain, bekerja dan bantu membantu. Banyak juga kedai-kedai runcit disini, patutla anak-anak kecil minta duit pada kita. Rupanya nak beli kat sini la tu :)










Habis kami pusing satu Pulau Mabul.Puas hati,takda la tertanya-tanya apa yang ada dalam pulau ni. Kecil je sebenarnya pulau ni, sekali pusing dah khatam. Sebelum balik bilik kami singgah beli air kelapa. Malam pula kami ke cafe untuk minum-minum je. Nasib bawak makanan ringan, boleh juga mengunyah time malam-malam ni. Duduk santai-santai kat luar bilik. Ada pula geng-geng muda dok jamming malam-malam ni. Okeyla, takdala bosan sangat. layan je.





BAJET HARI KETIGA untuk dua orang


Transfer Bot ke Pulau Mabul : RM 140 untuk 2 orang
Penginapan Arung Hayat : RM 137
Makan tengahari ( Ikan bawal + Udang Lipan ) : RM 64
Upah masak + Ketam Goreng Tepung : RM 26
Air kelapa : RM 7
Minum malam : RM 6


TOTAL : RM 380.00


Untuk transfer bot ke Pulau Mabul korang boleh contact mereka ni :

Mr. Ghazali : 0109684566
Pakcik Asli : 0128175152






1 ulasan:

  1. Lucky Club - LONDON - Casino Site LuckyClub
    Lucky Club is a LUK licensed casino and operator. luckyclub.live Lucky Club is fully licensed and approved by LGA and licensed by UK gambling agencies. LuckyClub is

    BalasPadam