Salam 7 Ramadan 1434H.
Rasa malu plak nak crita pasal rumah sendiri.Selalunya kongsi idea je.Bukan nak syok sendiri tunjuk umah.Cuma kalo korang rasa ianya berguna untuk korang,bolehla korang baca.Kalo korang rasa menyampah,linda tak paksa.hehehe...
Sebenarnya ni projek masuk umah.Sebelum barang-barang diangkat masuk kami suami isteri bertungkus lumus mengecat rumah.Mak ngan abah tak dapat nak tolong banyak,lagipun kesian plak kat diorg nak mintak tolong lebih-lebih.Pada asalnya nak cat ruang tamu ngan bilik utama je,tapi bila tengok dinding dapur yg kotor sebab aktiviti wiring yang tak cun,makanya kenala cat jugak ruang dapur.Pasal pilih color cat mestila isteri yang memilihnya...suami terpaksa akur je ngan pilihan isteri yang gila kuasa...hahaha.
Untuk ruang tamu ktorg pilih warna grey.Bahagian letak kabinet tivi kami cat ngan grey gelap dan bahagian lain kami cat ngan grey yang lembut skit.Kiranya belakang kabinet tivi tu dijadikan feature wall la kononya.Adala kontra disitu.Konon-konon nak jadi interior desingner la nih,poyo kan??hikhikhik...=)
Ruang Tamu
Pilihan cat : Smart Paint
Warna : Puritan Black (feature wall) & Gray Cotton (Grey lembut)
Kod warna : 4213D & 4215P
Warna feature wall
Bilik Utama
Pilihan Cat : Smart Paint
Warna : Prophetic Purple (feature wall) & Bouquet Violet (Ungu lembut)
Kod warna : 7183D & 7174T
Bouquet Violet (Ungu lembut)
Nampak tak kontra warna disitu??
Dapur
Pilihan cat : Elolux Ecosilk
Warna : Hijau pucuk pisang
Linda dh tengok kat tong cat,tp malangnya memang tak dak kod warna.Cat ni ktorg beli kat kedai area umah je.Kedai hardware biasa-biasa je.
Ni laluan dari ruang tamu ke dapur.Sebelah ktorg cat hijau,sebelah lagi warna grey lembut
















