Khamis, 30 Mac 2017

Trip Bajet 5 Hari 4 Malam TAWAU - SEMPORNA - MABUL : Hari Kedua

Alhamdulillah. Hari kedua kami di Semporna Sabah. Sangat tenang, kalau hari-hari setenang ini, alangkah bahagianya. Tak perlu fikir pasal kekusutan kerja dan perangai manusia. Owhhh!!! lupakan :) Tapi pulau di Sabah tak pernah mengecewakan. Tapi..tapi kan, yang linda tak berapa suka kawasan pekan Semporna, agak kotor. Rugi sangat sebab diorang tak jaga kebersihan. Sampah merata-rata. So...sad :'(



Harini kami nak pusing-pusing 4 pulau dia Semporna Sabah.
Kampung Bajau Laut - Pulau Bohey Dulang - Pulau Mantabuan - Pulau Sibuan
(boleh rujuk gambar kat atas tu)

Seawal 7.00 pagi kami dah check out dari Marina Hotel sebab booking semalam je kat Marina Inn, jadi kami ambil keputusan nak tinggal beg di kaunter Marina Inn. Lepastu gerak breakfast kat belakang Marina Inn. Dalam jam 7.30 pagi macam tu travel ejen Darwis datang pickup kami depan hotel. Dia hantar kami ke jeti untuk kami gerak ke pulau. Kami join dengan group tourist China, diorang ada dalam 6 orang, lepastu linda dan suami dan juga ada sepasang suami isteri dari KL.Total semua group 10 orang. Kami gerak dalam jam 8.30 pagi terus ke Kampung Bajau Laut. Korang tengok anak- anak bajau slamber je kayuh sampan, dahla sampan tu kecik nau. Kak linda yang nebes tengok diorang. Masa ni la kami bagi gula-gula dan biskut yang kami beli kat Pekan Semporana. Kami cuma bagi dari atas bot je. Masa korang lalu kat perkampungan diorang, ramai la anak-anak bajau akan datang ke bot korang nanti. Diorang akan mintak duit, tapi saya syorkan kalo korang nak bagi, korang kena bagi sorok-sorok. Kalau tak nanti kena serbu. Tapi baiknya korang bagi makanan.








Kejap je kami kat sini, lepastu gerak ke Pulau Bohey Dulang yang sangat dinanti-nantikan. Rasanya post kali ni banyak gambar kot. Layankan jelah ye ;)


Tada...Bohey Dulang dari arah jeti. Tak sabaq nak panjat Bohey Dulang.




Posing dulu sekeping dua sebelum letih memanjat nanti.

Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu pulau di dalam gugusan Taman Laut Tun Sakaran. Ada beberapa buah pulau lagi di sekitar perairan Semporna. 
Bagi orang yang bercadang nak kesini, baik pakai atau bawa siap-siap kasut bertutup untuk hiking. Sebabnya kalo korang takde kasut, diorang tak benarkan korang naik. Jadinya, korang kena la sewa kasut yang diorang sediakan. Risau tak selesa je kasut tu. Yerla.. korang akan panjat setinggi 600 meter, tinggi jugak tu. Semput jugakla saya ngan suami. Nak mendaki kena ikut turn sebab di atas puncak tu tak boleh duduk ramai-ramai.




Masa untuk mendaki. 
Kata tourist guide yang bawa kami, kalau hujan memang tak boleh naik. Yelah, track basah dan agak bahaya. Ular kapak pun banyak tau. Alhamdulillah..nasib time kami pergi ni cuaca sangat baik. Segalanya berjalan lancar.



Penat-penat pun sempat lagi nak posing. Nasibla suami suka melayan.






Ya Allah...cantik sungguh ciptaan-Mu. Penat mendaki setinggi 600 meter terus hilang bila tengok pemandangan yang super ohsem macam ni. 
Gambar dah macam post card kan??




Alhamdulillah...tercapai juga hajat nak bergambar dari atas Bohey Dulang. Salah satu wishlist 2017 tercapai :)

Dah puas bergambar kat puncak Bohey Dulang, kami pun turun ke bawah semula. Perjalanan turun tak sesukar mendaki. Sekejap je dah sampai ke jeti. Di jeti kami diberi bekalan makanan tengahari. Masa tengah penat-penat memang nikmat abes makanan yang disediakan. Makan sambil disaksikan ikan-ikan comel bermain dibawah kaki. Syurga dunia ;)



Destinasi seterusnya adalah Pulau Mantabuan. Pulau ni terletak bersebelahan je dengan Bohey Dulang. Bot kami berhenti ditengah laut. Saya cuba la untuk turun,tapi air laut agak bergelora dengan saya ni bukan tahu berenang pun. Jadi terumbang-ambingla dipukul ombak. Nasibla ada adik yg jaga kami tu tolong tarik, kalau tak hanyut berenang dengan penyula gamaknya. hahaha..takut wei!! Batalkan niat nk tengok ikan, adik tu cakap tunggu kat Pulau Sibuan, situ air agak tenang. Okey, saya naik bot tunggu yang lain. Nasibla geng-geng chinese tu pun tak lama jugak. Ada sorang tu dia cakap dia nampak penyu. Okey...kak linda jeles :)


Jom gerak ke Pulau Sibuan pulak. Agak jauh jugak untuk sampai ke Pulau Sibuan. Pulau Sibuan merupakan sebuah pulau kecil. Memang tak ada chalet atau resort. Kat situ ada perkampungan kecil kaum bajau. Memang kita tak boleh bermalam atau tinggal sini. Sebelum gelap, kena kosongkan pulau ni. Ada juga Pos Pengawal dan pejabat Taman laut di sini. Kak linda lupa nak ambil gambar anak-anak bajau yang datang sambil dukung adik yang masih kecil. Yang si kakak pun kecil lagi, dalam lingkungan umur 5 tahun macam tu je. Kesian pula tengok.

Kat Sini baru dapat snorkeling dengan amannya. Ya Allah...sekali lagi bersyukur sangat diberi kesempatan untuk menikmati ciptaan Allah yang sangat cantik. Macam tak percaya Malaysia pun ada pulau secantik ini. Mula tu takut-takut jugak nak snorkeling sebab dari atas dah boleh nampak apa yang ada di dasar. Nampak banyak sangat landak laut. Sini air dia cetek je, paras pinggang. Kena snorkling jauh sikit baru dalam. Jadi, semangatla bersnorkling, padahal tak tahu berenang pun. Suami sibuk nak rakam ikan-ikan, saya sibuk pegang life jaket dia.

Trick nak panggil ikan warna-warni datang rapat ngan korang, bawa roti potong kevil-kecil dan isi dalam botol sekali air. Masuk laut buka botol tu je. Berebut ikan datang rebut roti. Tapi, part bawa roti saya lupa. Mungkin faktor usia :) Satu lagi nak pesan kalo korang tak nak kaki luka pijak coral, better pakai kasut untuk snorkeling. Saya beli murah je kat Lazada. Memang sangat membantu. Nah, tunjuk kasut tu macam mana.



 Ni Pulau Sibuan



Setelah semuanya selesai, kami pun pulang ke Jeti Semporna. Fuh, memang penat seharian pusing pulau sakan. Kami sampai dalam jam 4.30 petang. Overall Sabah sangat OHSEM. Nak kena pi lagi rasanya. Pastu gerak pi amek beg kat Marina Inn dan check in pula kat City Inn. Bilik agak sempit, tapi takda masalah sebab kami pun nak tidur je. Esok pagi-pagi nak gerak ke Mabul. Mandi-mandi dan solat. Malam pula kami pusing Pasar Semporna nak beli ikan. Ikan pulak tak banyak, mungkin dah lewat. Kami beli ikan kerapu kecil je, pastu ketam 6 ekor. Kami decide makan malam di Seaview Seafood Restaurant yang terletak di bahagian hujung medan selera ni. Bagi ikan dan ketam kat kakak restaurant tu untuk masak dan tambah sotong goreng tepung sikit. 

Ikan Kerapu Tiga Rasa - Ketam Telur Masin - Sotong Goreng Tepung



BAJET HARI KEDUA untuk dua orang


Trip Pulau : RM 200 untuk 2 orang
City Inn : RM 69
Ikan Kerapu & Ketam mentah : RM 15
Upah Masak & Sotong Goreng Tepung : RM 59
Gula-gula , Biskut & Air Mineral :  RM 10

TOTAL : RM 353.00


Encik Darwis Trip 4 Pulau : 0195360049
Facebook : Semporna Trip





2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. salam dear,boleh tanya bagaimana dengan keselamatan ulang alik ke tiga buah pulau tu?rasa teringin sangat nak p pulau-pulau kat semporna bila baca blog dear,tapi bila terdengar berita pasal penculikan terus jadi kecut pula nak ke sana

    BalasPadam