Assalammualaikum semua.
Ya Allah, lama sangat linda tak menulis. Sebenarnya rindu sangat nak menulis, tapi masa dan idea selalu kelaut. Kali ni linda nak share percutian bajet linda 5 hari 4 malam ke
TAWAU-SEMPORNA-MABUL
Alhamdulillah trip kali ni berjalan dengan sempurna. Sebelum pergi memang ramai jugak yang bercerita pasal pantai-pantai di Semporna tak selamat. Tapi linda tawakal je, syukur dengan izin-NYA semua berjalan lancar. Trip ni linda pergi berdua dengan suami. Trip kali ni kami nak rehat & chill je. Takmau stress-stress :)
Linda booking tiket AirAsia ni hujung bulan Ogos 2016, trip kami pada 14 Februari 2017. Punyala lama nak tunggu, tapi kalo nak tiket murah memang kena booking awal. Harga tiket kami seorang dalam RM150 sahaja untuk return tiket. Kami bertolak dari rumah di Pantai Dalam ke KLIA 2 mengguakan perkhidmatan UBER. Harga untuk tambang UBER RM80/sehala. Kalo korang naik 4 atau 5 orang boleh jimat lagi. Tapi, kalo korang nak naik Jet Bus dari TBS ke KLIA 2 hanya RM10. Tu kawan yang bagitahula. Perjalanan lebih kurang sejam. Flight kami delay jam 11.00 am. Jadi, awal lagi, kami singgah makan siap-siap kat fastfood ja. Bajet untuk sehari linda akan letak di akhir post ni yer.
Perjalanan dari KLIA2 ke Tawau Airport mengambil masa lebih kurang 2jam 45minit.
Sedap juga Nasi Lemak Pak Nasser & Red Velvet Cake ni. Aduh...teringat-ingat lagi kesedapan velvet cake ni. Macam mana nih??
Panas lit-lit gigih nak bergambar jugak. Muka bahagia bila boleh bercuti. Sampai di Airport Tawau dalam jam 2.00pm
Sampai saja di airport Tawau, terus beratur untuk dapatkan pas lawatan masuk negeri Sabah. Ready siap-siap IC korang dan bagi pada pegawai Imigresen tu. Nanti dia akan bagi sehelai kertas putih ada segala maklumat kemasukkan korang dan korang kena simpan elok-elok sebab balik nanti korang kena serahkan semula.
Selesai hal imigresen, kami terus menuju ke pintu keluar. Belah kanan ada kuanter tiket teksi, korang boleh je nak ambil teksi disitu. Tapi kami buat plan last minit untuk kol Abang Zack yang kami ambil no. fon dia dari satu blog ni. Kebetulan masa kol tu dia cakap memang dia ada di airport ambil orang. Kami berdua, jadi takde masalah sangat. Seorang dia charge RM20. Kami naik van Abang Zack dengan pelancong China.Van terus bergerak hantar ke Pekan Semporna. Perjalanan mengambil masa 1jam 15minit. Kalau korang nak naik bas pun boleh, tapi bas kena ke pekan Tawau dulu. Kiranya airport berada ditengah-tengah antara Semporna dan Tawau. Kalo korang nak naik bas, korang kena patah balik,rugi masa.
Sampai je di Pekan Semporna, kami terus check in Marina Hotel. Awal tu ingat nak bermalam di Dragon Inn Floating Resort, tapi takde rezeki semua bilik full. Takpa Marina Hotel pun best. Sebenarnya Pekan Semporna ni kecik je, takyah risau korang jalan-jalan kaki pun boleh untuk ke mana-mana. Oleh kerana tak dapat tidur di Dragon Inn, kami decide nak melawat jelah kat situ. Pusing-pusing ambil gambar sekeping dua. Depan Dragon Inn tu ada ramai orang-orang bajau laut akan berniaga hasil tangkapan diorang kat situ. Ketam, kerang, lobster, pandai-pandaila korang tawar-menawar.
Dragon Inn dari arah tepi. Sebelah sini memang banyak deretan kedai makan yang korang boleh minta diorang masak kalo korang beli seafood dari bajau laut tadi. Rasanya yang paling femes untuk orang muslim Seaview Seafood Restaurant. Masakan pun sedap. Untuk hari pertama ni, kami makan kat kedai makan biasa-biasa je. Sebabnya kami tak tahu lagi kedai mana satu yang best kat Semporna. Siap makan dan pusing-pusing balik hotel dan rehat.
Malam nanti nak jumpa dengan travel ejen yang kami booking untuk pusing pulau pagi esoknya. Dapat banyak info dari Encik Darwis. Dia bagitahu esok akan ada trip melawat kampung air orang Bajau Laut. Jadi, bolehla sediakan gula-gula untuk diberi pada kanak-kanak kat situ. Misi untuk malam ni, kami bergerak ke GIANT untuk cari mineral water dan gula-gula untuk anak bajau. ATM kat Semporna macam agak payah, jadi baiknya sediakan duit awal-awal dari KL okey.
Depan Dragon Inn Floating Resort
Laluan dalam Dragon Inn. Cantek resort ni. Lepas pusing-pusing, kami singgah makan. Pastu balik bilik rehat-rehat kumpul tenaga untuk trip round 4 pulau esok.
BAJET HARI PERTAMA untuk dua orang
Uber : RM 80/sehala
Makan di KLIA2 : RM 21.60
Van dari Airport Tawau ke Semporna : RM 40
MARINA Hotel : RM 74
Makan Malam : RM 27
Minum Malam : RM6
Gula-gula & Air Mineral : RM 5.30
TOTAL : RM 253.90
Encik Zack Driver Van dari Airport TAWAU ke SEMPORNA : 0168605891
terima kasih atas info nie.
BalasPadamSama-sama tuan
PadamAda lg ke Driver Van tu utk masa sekarang?
BalasPadaminsyaAllah ada tuan.
Padamsalam.. mmg betul atm d semporna susah skit sbb hnya ada 4 bank je d sini. tp boleh jgk kluarkan duit d Tabung Haji (akaun tabung haji) atau pejabat pos utk asb klu ofis hour. Just for tourist option. tq sbb melawat semporna.
BalasPadamWsalam sis. Semporna mmg best sangat.InsyaAllah nk ke sana lagi nanti
Padam5hari 4 malam ada package apa
BalasPadamKami ke Semporna tak ambil pakej apa.Semua urus sndr je.Cuma trip ke 3 pulau je ambil pakej
PadamTq for infonya..sgt2 membantu.
BalasPadamAlhamdulillah.Tq tuan sudi baca blog tak seberapa nih
PadamTerima kasih Puan Linda atas info yang baik, terutama sekali no.tel Abg Zack tu.
BalasPadamHari ini (8 nov 2018) saya gunakan perkhidmatan mini bus ini ke Semporna. No.tel tu masih beroperasi cuma tambang sudah naik jadi RM25.
:)
Samvungan takda ke kak linda?
BalasPadampakej nk g ke pulau2 tu ambik kat mna ya...???
BalasPadampakej nk g ke pulau2 tu ambik kat mna ya...???
BalasPadamWowwwww menarik. sis baru nak pergi bulan 10 ni 8/10 hingga 14 hb Linda ada cadangan x sis pun macam Linda sampai x guna agent tq Linda kongsi pengalaman
BalasPadam