Isnin, 29 Disember 2014

Resepi Siakap Stim Limau Sempoi & Mudah

Salam korang

Dah lama rasanya tak share resepi.Selalu i share resepi yang mudah-mudah je.Sesuaila ngan i yang tak berapa pandai masak ni.Bukan je rasa sempoi...tapi senang benor nak buat.Tak perlu stim dalam periuk kukus bagai.Jom-jom pakat try.


Bahan-bahan yang digunakan :



1) 2 labu bawang besar di hiris besar-besar (*bawang ulas ke labu??)

2) 2 biji tomato dibelah empat. (tp linda guna tomato kecik2 tu sbb tu je ada dlm peti)

3) 2 biji cili merah,hiris serong-serong

4) 5-6 biji cili api di potong-potong (nak pedas lg,letak lebih lagi)

5) 3cm halia dihiris kasar-kasar

6) 5-6 biji limau kasturi di ambil jusnya (linda guna 1biji limau asam & jus limau thai tu)

7) Garam,serbuk knorr secukup rasa

8) Air secukupnya


Ni bahan paling penting,takdak ni hirup kuah jela...hehe





Cara Penyediaannya : 

Nama pun mudah kan??jadi kita guna kuali je untuk stimkan ikan siakap ni.



Panaskan minyak.Tumis bawang merah,bawang putih dan halia sehingga naik bau




Masukkan air ikut suka korang nak kuah banyak mana.




Masukkan cili merah & cili besar




Pastu masukkan ikan.
Siramkan ikan dengan jus limau.Masukkan tomato.Guna api sederhana.

Masukkan garam & perencah secukup rasa.Pastu pelahan-pelahan balikkan ikan tu dengan kasih sayang.jangan ganas-ganas,kang hancur plak.

Biar merenih kuah tu,Nampak isi dah masak,tutup api dan sedia dihidanggg!!!








TARA!!!!

SIAP dah Ikan Siakap Stim Sempoi & Mudah!!!!


Khas dari Chef Linda.hahaha...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan